Monday 14 November 2011

RAMAI YANG TANYAKAN INI...

Ramai yang bertanya saya mengapa buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan a.k.a RMHP adalah yang pertama dan terakhir daripada saya? :)

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengambil berat. Jawapan saya cukup ringkas dan mudah. Saya sudah berikan dan kongsikan segala-galanya di dalam RMHP.

Menulis buku bukan semudah yang disangka. Jika anda merasakan menulis ini senang, saya berani cabar anda keluarkan senaskah. Ada bran? he he.

Jika anda terima cabaran saya dan berjaya keluarkan, siapa yang untung? Sayakah atau andakah?

Saya kongsikan beberapa persoalan yang sering ditanya kepada saya:

" Mengapa Tuan Fath tak ingin sambung menulis dan keluarkan buku-buku yang seterusnya? " bertanya salah seorang kenalan.

Pertama saya akan bertanya, " Sudahkah anda membaca buku RMHP? ". Beliau menjawab belum lagi.

Soalan kedua saya, " Andai sudah membacanya sekali pun, sudahkan diamalkan kesemua perkongsian yang diberikan? ". Tak perlu saya beritahu jawapan kedua.

Soalan ketiga saya, " Adakah perkongsian yang diamalkan sudah diajarkan kepada sekurang-kurangnya 10 orang dan kesemuanya berjaya seperti anda juga? ". Panjang bunyi ooo~ darinya...

Jika ketiga-tiga ini berjaya dilaksanakan yakni BACA, AMAL dan AJAR maka saya tidak akan berganjak jua dengan pendirian saya. Mengapa? Sila rujuk perenggan kedua di atas. :)

No comments:

Post a Comment