Thursday 3 November 2011

:: KERANA LIDAH BADAN BINASA! ::


Kata Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil.
Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata:

“Keimanan dan kekufuran ssorg tiada terang dan jelas, selain dgn kesaksian lidah.
Lidah mmpunyai ketaatan yg besar dan mmpunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yg paling derhaka kpd manusia ialah lidah...

Lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kpd kita besarnya peranan lidah dlm kehidupan manusia krna lidah kita
"boleh masuk SYURGA dan krna lidah juga boleh dihumban kita ke NERAKA".


Lidah boleh bawa kebaikan dan keburukan pd kita..
kita perlu bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Kdng2 apa yg kita ucapkn boleh sbbkn org yg mendengar sakit hati atau terguris, dh bwk keburukan kpd kita.

Bak Kta Pepatah ada mengatakan kerana "mulut badan binasa".

KRNA LIDAH BDAN BINASA, KRNAN LIDAH PUTUS SAUDARA, KRNA LIDAH KITA DPT DOSA, KRNA LIDAH KITA DPT MANFAAT, KRNA LIDAH JGA KITA DPT PAHALA..

Jadi, sebelum nk ckp ape2 berfikir terlebih dulu.
Gunakan lidah untuk ckp yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam.
Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yg boleh mendatangkan dosa.
Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yg sia-sia dan tiada berfaedah.

Oleh itu peliharalah lidah dan percakapan dari perkara yg dimurkai oleh Allah swt. Rasulullah saw telah bersabda : "Orang yang beriman itu bukanlah orang yg suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji"....Allahualam..

No comments:

Post a Comment