Friday 6 April 2012

PENGERTIAN ZUHUD

pengertian ZUHUD bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi suhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah Swt
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (Surah al-Hadid Ayat 23)
MAKSUDNYA:
Pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah.

Pendapat dari Prof Dr HAMKA pula menyatakan:
ZUHUD ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.

Fikir-Fikirkanlah...."