Sunday 13 November 2011

Penawar Kencing Manis & Menambahkan Darah Dalam Tubuh

Petua untuk kencing manis:
1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja.
Tapis dan minum sekali seminggu. 2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat.
Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.


Petua untuk tambah darah:
1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam. Kemudian kacau.
Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
2: Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

No comments:

Post a Comment