Tuesday, 1 November 2011

Pelaburan EMAS

Pelaburan EMAS: "Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah.
Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam(perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati?

Kejatuhan nilai Fiat Money(wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar2 ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari?

Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan seagama dengan kita. Ramai yang memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika membeli/jual di kedai-kedai emas konvensional.

No comments:

Post a Comment