Wednesday, 2 November 2011

Mari berdakwah bersama-sama

Diwujudkan bagi semua orang yang berminat untuk berkongsi Ilmu yang ada dan bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ilmu yang ada. Jadikanlah semua muslim atas dunia ini sebagai saudaramu, bukannya musuhmu. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (Idola) untuk diikuti. Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda : “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment