"Anda pernah gagal tak?
Tak pernah? Oh, anda sudah kehilangan satu nikmat untuk merasai kemanisan sebuah kejayaan. Thomas Edison pernah melalui 999 kali kegagalan sebelum bertemunya formula ke-1000 menghasilkan mentol.
Bila kejayaan menjelma, beliau tidak lagi menganggap 999 adalah kegagalan bahkan menjadikannya sebagai 999 cara menghasilkan mentol. 999 kegagalan itu telah meneguhkan penemuan ke-1000.
Bukan cerita yang ke-1000 mahu kita dengar, 999 kegagalan itu yang menjadi bahan bualan ramai.
Buat dahulu baru tahu. Hanya 1 tindakan sudah memadai untuk memadamkan 999 alasan."
No comments:
Post a Comment