Monday 31 October 2011

Gaharu

"Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.
Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.
Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.


"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakmu. Dengan air hujan itu, Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan.
"Sungguh yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.." (An-Nahl:10-11)

No comments:

Post a Comment