Sunday 4 December 2011

FEELING DOWN?

"Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin...Saya pasti ramai yang 'Feel MONDAY BLUES' hari ini...pada masa yang saya, sebolehnya
kita nak sentiasa bersemangat untuk kerja kan?

Salah satu tips untuk KEKAL BERSEMANGAT (Passion Forever and Keep Motivated), jangan pandang kepada masalah-masalah yang Anda lalui pada masa lepas..atau minggu lepas..

Anda akan rasa ‘down’ tak semena-mena. Pandanglah kepada penyelesaian masalah. Caranya, tanya diri Anda “macamana nak selesaikan masalah aku ni?

Bertanya diri sendiri dengan soalan berkaitan dengan cara bagaimana menyelesaikan masalah akan membuat minda separa sedar anda bekerja keras memberikan Anda idea-idea untuk Anda menyelesaikan masalah.

Berbagai idea, saranan, ilham atau gerak hati akan timbul selepas itu membuatkan anda KEKAL bersemangat!"

No comments:

Post a Comment